Title: Penjawat Awam Harus Berfikir Seperti Seorang Ketua

Tan Sri Ketua Setiausaha Negara ketika menyampaikan Amanat KSN pada 20 Januari 2025 yang lalu menjelaskan satu gagasan penting iaitu ‘Reformasi ialah satu kemestian’. Ia tentang menggerakkan perubahan demi kebaikan di dalam penyampaian perkhidmatan.

Tiga fokus 2025 yang ditekankan oleh Tan Sri KSN di dalam ucapan tersebut adalah:

  1. Memantapkan Pemboleh Daya Reformasi
  2. Memperkukuh Nilai dan Tatakelola dan
  3. Mempertingkatkan Sinergi Strategik Persekutuan-Negeri dan Antarabangsa

Perincian tersebut boleh dicapai di laman sesawang Jabatan Perkhidmatan Awam.

Apa yang Penulis ingin ketengahkan di dalam artikel ini adalah gesaan serta syor pihak Kerajaan agar setiap penjawat awam menaikkan tahap kemahiran di setiap peluang dan fungsian. Tentunya, ini termasuk mencetuskan daya memimpin bagi setiap anggota kerja tidak mengira tahap pegawai tersebut.

Tiga kaedah utama bagaimana seorang penjawat awam boleh mula menguasai Minda Seorang Ketua.

  1. Menambah bahan bacaan dengan genre yang berbeza. Sebagai seorang penjawat awam, keperluan untuk menjadikan aktiviti membaca dengan bahan bacaan berkualiti dan betul sangat penting agar keyakinan serta keterampilan pegawai di mata pelanggan akan meningkat. Misalnya, menetapkan sasaran sebuah buku bagi setiap bulan atau menganjurkan Bicara Buku di jabatan.
  2. Memperkaya lingkaran kenalan agar perbualan seseorang itu akan turut diperbaiki. Misalnya, seorang penjawat awam yang turut bergaul dengan jiran-jiran atau menyertai kelab sosial / hobi akan menajamkan lagi kemahiran berbual dengan kelayak awam yang pelbagai.
  3. Melazimi acara-acara sosial anjuran Jabatan mahupun kejiranan. Ini termasuk acara seperti Hari keluarga & Rekreasi, Majlis Doa Selamat & Walimah dan seterusnya. Kemahiran generik akan diperkaya selain daripadan kemahiran fungsian seorang penjawat awam itu.

Gesaan Tan Sri KSN yang diaspirasikan dari keperluan semasa perkhidmatan awam yang semakin dinamik harus disambut dengan penuh komitmen bagi setiap anggota perkhidmatan dengan cara memulakan setiapnya itu dengan masing-masing diri. 

Reformasi atau perubahan kepada kebaikan akan hanya berlaku apabila ia dimulai oleh masing-masing diri sebelum memberi impak kepada organisasi dan negara amnya. Wujudkan satu Jurnal Peribadi berbentuk Buku Idea kecil dan mencatat aktiviti berkenaan bagi melihat perkembangan kemahiran diri dari semasa ke semasa.

Oleh :
Hj Syamsul Amri A Razak