Categories:

Hj Syamsul Amri bin Abdul Razak merupakan jurulatih berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan juga pengamal NLP bertauliah. Beliau yang juga Certified Virtual Presenter’ kini menerajui perniagaan SABAR Training & Resources dengan jawatan terakhir beliau sebelum menceburi bidang penyediaan latihan adalah sebagai Pengurus Besar (Pemasaran & Liaison) di syarikat Alam Sekitar Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh syarikat tersenarai PICORP Berhad. Terdahulu, Hj Syamsul berkhidmat di UKM Pakarunding, sebuah syarikat perundingan milik UKM selama lebih 20 tahun dengan jawatan akhir beliau sebagai Pengarah Pembangunan Perniagaan.

Berkelulusan Sarjana Muda Undang-undang (kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pemegang Sarjana Pengurusan Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); beliau telah berkeluarga dan memilik tiga orang cahaya mata.

Kini beliau dilantik sebagai Penasihat Prinsipal kepada UKM UnipeQ sebuah syarikat Perundingan dan Latihan milik UKM Holdings Sdn Bhd dan juga Mentor kepada Program Keusahawanan Alumni UIAM di bawah Pusat Pembangunan Keusahawanan UIAM. Hj Syamsul juga bergiat aktif sebagai sukarelawan dengan Islamic Relief Malaysia (IRM) dalam aktiviti kemasyarakatan dan kesukarelawanan. Beliau juga Ahli Bersekutu Malaysian Association of Professional Speakers (MAPS).

Memiliki pengalaman luas lebih 20 tahun di dalam pelbagai bidang kemahiran termasuk pengurusan strategik dan korporat, pengurusan jualan dan pemasaran, kemahiran perorangan (interpersonal) & jaringan serta perundingan (negotiation).

Hj Syamsul terlibat secara langsung di dalam aktiviti pembangunan dan latihan sebagai satu minat beliau yang mendalam. Terlibat secara langsung di dalam program Skim Latihan 1Malaysia dan menjadi jurulatih & penceramah bagi pegawai-pegawai Hal ehwal Jaringan Industri & Masyarakat (HEJIM) di UKM. Beliau turut dijemput untuk memberi ceramah motivasi kepada kumpulan penjaja berdaftar dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur selain bertindak sebagai jurulatih dalaman (in-house trainer) ketika di syarikat beliau berkhidmat.

Pernah menjadi Pengerusi Kejiranan Damai Impian di Bandar Baru Bangi, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar dengan Kementerian Dalam Negeri serta Ahli Jawatankuasa Penganjur Pangsapuri Desa Mutiara, Kajang.

Hj Syamsul pernah menganggotai Panel Penilai IQ Dagang SME Bank, sebuah Jawatankuasa Pengurusan bagi menilai kesesuaian usulan perniagaan bagi tujuan pembiayaan dan dilantik sebagai ahli Lembaga Akademik bagi program Sarjana Pemasaran di Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan UIAM. Sebagai ahli Lembaga Akademik, Hj Syamsul memberi pandangan dan input dari perspektif industri bagi menaiktaraf dan memberi nilaitambah terhadap program Sarjana Pemasaran yang ditawarkan di UIAM.

Tags:

Comments are closed

Website ini sedang dalam proses penambahbaikan dan akan kembali menemui anda dengan konten baharu.

X
Scroll Up