Petikan dari Bab dan disesuaikan dari Buku ke-2 Penulis: ‘The Art of Self Leadership’ (2024).
Apabila kita melihat orang lain, seperti mana orang lain sedang memerhatikan kita, apakah jenis kaca mata yang kita kenakan? Adakah kaca mata (baca: takrifan) yang kita inginkan atau mengenakan kaca mata dan pandang sisi kemasyarakatan atau kaca mata seorang profesional seperti yang ditakrifkan oleh Barat?
Memahami asas pandangan alam bahawa seseorang itu dianggap mulia hanyalah apabila ia mulia di sisi Yang Mencipta Robbul Jaleel. FirmanNya, “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu’ (Surah Hujurat 49:13) memberi motivasi kepada setiap dari kita bahawa kemuliaan disisiNya mendahului apa jua kemuliaan diberi oleh orang lain sesama manusia. Ibaratnya, membuat persiapan untuk berkarisma dan dipercayai (kredible) di sisi Yang Mencipta sekelian makhluk itu harus didahulukan. Seseorang yang memiliki sifat penting iaitu kebolehpercayaan dan amanah di sisiNya akan mendapat tempat yang mulia baik di sisi Pencipta bahkan di sisi manusia yang dicipta.
Pandangan penulis bahawa membebaskan takrifan karismatik ini dengan takrifan manusiawiy yang mengutamakan keterampilan, kekompetenan, kemewahan berbanding dengan seorang yang berilmu, rendah hati, cermat dalam menjaga akhlak serta berberbudi pekerti tinggi di sisiNya dan di kalangan sesama manusia.
Memetik syarahan Dr Tareq al-Suwaidan, seorang penulis dan pakar kepimpinan ketika menerangkan tentang petikan kata-kata tokoh dan penulis buku kepimpinan terkemuka Peter Drucker, ‘I have taught leadership for many years and consulted many organizations. What isn’t needed in leadership is charismatic’ [Saya telah mengajar dan membimbing topik kepimpinan selama bertahun-tahun dan satu perkara yang tidak diperlukan dalam kepimpinan adalah karismatik].
Petikan ini menarik untuk difahami bahawa menganggap seseorang itu kelihatan berkarisma bukan hanya terhad kepada apa yang terkelihatan. Ianya malah lebih dari itu.
Jelas bahawa seseorang yang dianugerahkan daya karismatik itu adalah nilai tambah dan bukanlah ‘exhaustive’ atau muktamad. Mengikut takrifan di awal bab, ianya ‘special trait’ atau ciri istimewa. Memiliki kredibiliti itu pula suatu yang harus ada bagi setiap pemimpin dan individu. Ia nilai keperibadian setiap dari kita.
Oleh:
Hj Syamsul Amri A Razak